30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

DBKK menerima pengiktirafan Asean Clean Tourist City Standard Award 2020-2022

Oleh Sylvia Sumping

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerima pengiktirafan sebagai Asean Clean Tourist City Standard Award 2020-2022 sempena Asean Tourism Forum 2020 di Brunei Darussalam.


Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata pihaknya menetapkan visi ‘KK Sejahtera’ menerusi enam landasan keutamaan seiring dengan aspirasi kerajaan baharu.

Nordin ketika menyampaikan ucapan aluannya


“Pada tahun 2019, DBKK telah menetapkan visi baharu iaitu “KK Sejahtera” di mana terdapat enam landasan keutamaan.


“Visi ini adalah seiring dengan keutamaan kerajaan baharu negeri Sabah yang menekankan pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu dan meningkatkan kesejateraan hidup.


“Visi ini juga akan menjadi medan lonjakan kepada budaya kerja warga DBKK untuk memberikan perkhidmatan lebih tangkas dan berintergriti.


“Saya amat berbangga menyaksikan komitmen warga DBKK yang tinggi sehingga berjaya mencatat pencapaian Key Performance Indicator (KPI) sebanyak 89, 65% pada tahun 2019.


“Malah, tahun 2019 juga menyaksikan reformasi DBKK ke arah aplikasi digitalisasi, di mana pelaksanaan DBKK E-Services bagi menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah Bandar raya pintar,” katanya.


Selain itu, menurut Nordin, DBKK turut menerima pengiktirafan lima bintang oleh Jabatan Audit Indeks Negara – Indeks Akauntabiliti Pengurusan kewangan.


“Saya percaya pengiktirafan-pengiktifan ini meyakinkan pembayar cukai di Bandaraya Kota Kinabalu mengenai pengurusan kewangan yang mereka serahkan kepda DBKK.


“Bagi peringkat antarabangsa, DBKK telah berjaya menandatangani perjanjian persefahaman bersama bandaraya Hangzhou dan Xi’an di Republik Rakyat China.


“Diharap perjanjian persefahaman ini menjadi titik permulaan kolaborasi dua hala dalam aspek pendidikan, perlancongan, kebudayaan dan pelaburan,” jelas beliau pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Bandaraya Kota Kinabalu di sini, malam tadi.


Sementara majlis perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah yang diwakili oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe. –Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN