Replika Ikan Todak yang terdapat di Bandaraya Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) disaran agar membina lebih banyak replika hudupan marin disekitar bandaraya ini sesuai dengan kekayaan sumber laut dan sungai yang ada di negeri Sabah.
Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan), Kong Soon Choi berkata, pembinaan replika hudupan marin bukan sahaja boleh diukir menggunakan bahan seperti simen, malah boleh diserlahkan menerusi lukisan mural di lokasi-lokasi sesuai.
“Pengunjung dari dalam dan luar negara kagum dengan kekayaan sumber marin di negeri Sabah. Mereka juga gemar datang ke negeri ini semata-mata ingini melihat selain menikmati makanan laut yang segar”.
“Justeru, untuk lebih menarik perhatian pelancong, mungkin pihak DBKK boleh memikirkan kawasan-kawasan sesuai untuk dibina replika seperti Ikan kelah, udang, ketam atau apa sahaja sumber marin yang unik dan menjadi tarikan pelancong”. Katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kong Soon Choi
Kong turut menjelaskan, usaha yang dicadangkan itu turut memberi ruang pendapatan kepada mereka yang berbakat dalam pengubahan replika atau mural untuk menjayakan kerja-kerja tersebut.
Dalam masa sama, Bandaraya Kota Kinabalu akan mendapat liputan secara percuma menerusi pemain media sosial yang membantu menularkan keunikan tersebut.
“Lihat sahaja apa yang ditularkan oleh pelancong dan orang awam berhubung keunikan sebuah bank yang terletak di bandaraya baru-baru ini. Ia sekaligus dikenali ramai pihak kerana dikongsikan dalam media sosial”. Katanya.
Salah satu tarikan pelancong di Bandaraya Kota Kinabalu adalah replika ikan todak yang terletak di bulatan bersebelahan Hyatt Hotel dimana ramai pelancong dari dalam dan luar negara gemar merakam gambar kenangan dilokasi tersebut.



