27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Datuk Robert Tawik menang Timbalan Presiden Parti STAR SABAH

Robert….hargai sokongan perwakilan.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menang jawatan Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR SABAH) bagi Kouta Bumiputera Islam bagi sesi 2020-2023.

Robert sebelum ini penyandang jawatan Naib Presiden menewaskan penyandang Timbalan Presiden Jalumin Bayogoh pada pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti yang diadakan di ibu pejabat parti kelmarin.

Ketua Bahagian Star Bingkor itu memperolehi 330 undi manakala Jalumin mendapat 220 undi.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya ketika dihubungi, mengucapkkan terima kasih kepada perwakilan StarSabah kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden bagi kuota Bumiputera Islam.

“Sokongan anda amatlah saya hargai dan penghargaan ini akan diterjemahkan dalam amanah yang dipikul dan dilaksanakan bagi merealisasikan tujuh agenda yang sudah saya nyatakan sebelum ini apabila berada dalam kapasiti ini” katanya.

Jelasnya, beliau juga akan memberi kerjasama yang jitu kepada rakan-rakan kepimpinan dan ahli parti, serta berusaha sedaya upaya untuk membantu memartabatkan parti StarSabah.

Dengan keputusan itu, parti yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan itu kini bertambah mantap.

Selain Datuk Robert Tawik yang menjadi Timbalan Presiden bagi kouta Bumiputera Islam, Datuk Ellron Angin terpilih sebagai Timbalan Presiden kouta Bumiputera Bukan Islam manakala Fung Len Fui terpilih sebagai Timbalan Presiden Kouta Cina.

Bagi jawatan Naib Presiden kouta Bumiputera Islam dimenangi Datuk Annuar Ayob dan Apas Nawawi Saking. Bagi kouta Bumiputera Bukan Islam dimenangi Datuk Abidin Madingkir dan Dr Paul Porodong manakala bagi kouta Cina dimenangi Stephen Teo.

Sementara itu, 13 terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi StarSabah bagi sesi 2020/2023. Mereka ialah Evaristus Gungkit, Cecilia Edwin, Ir Joel Masilung, Jasmin Dulin, Suling Isip, Muarifidin Malik Chua,Marunsai Dawai, Ir Jovilis Majami, Johari Pongod, Hafiz Aliapa Osman,Susy Lojimit, Ir. Awang Salleh Haji Makmud, dan DS Raplin Samat .

Ketua Wiranita pula dimenangi Flovia Ng manakala Ketua Wiramuda Kong Soon Choi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN