Dato’ Hung juara  Golf Jemputan Media 2021

Home Sukan Dato’ Hung juara  Golf Jemputan Media 2021
Dato’ Hung juara  Golf Jemputan Media 2021

Dato’ Hung  How Kiongh menerima hadiah wang tunai daripada Jainudin

LABUAN: Pengarah Eksekutif Syarikat Sarasutra Holding Sdn. Bhd, Dato’ Hung How Kiong muncul juara Pertandingan Golf Jemputan Media 2021 yang diadakan di Labuan International Golf Club (LIGC) pada Sabtu.

Beliau yang mengumpul 72 pukulan menerima hadiah wang tuani RM250.00.

Naib johan dimenangi oleh Mohd Ismifarizal Mohammed Ishak yang berjaya mengumpul 73 pukulan  untuk menerima hadiah wang tunai RM200.00.

Tempat ketiga dimenangi oleh Duputi Superitendan  (DSP) Sonny Ewai Anak Joeng (76 pukulan) menerima hadiah wang tunai RM150.00 dan tempat keempat dimenangi oleh Pengarah Urusan Syarikat Alam Hartawan, Datuk Shamsul Sahari (77 pukulan) menerima hadiah wang tunai RM100.

NAIB JOHAN… Mohd Ismifariz KETIGA….DSP Sony

Hadiah kepada pemenang disampiakn oleh Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin sempena Program Hari Keluarga dan Majlis Makan Malam Media 2021 di Desa Tunas Hijau Sungai Miri, malam tadi.

Turut menyertai pertandingan itu ialah Penaung Persatuan Penggiat Media Labuan yang juga  Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Ismail, Presiden Kelab Golf Labuan (LGC), Datuk Gapilin Nasarudin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani.

Seramai 20 peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan,  Ahli Perniagaan dan Usahawan serta  ahli ahli Persatuan LIGC dan LGC telah menyertai pertandingan yang julung julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Penggiat Media Labuan.