26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dasar sedia ada PL akan dilihat semula-Bashir

Gambar: MESRA…. Bashir  bergambar kenangan bersama Bapak Henry (empat dari kiri) dan  Dato’ Seri Syed Yusof (tiga dari kanan) di pejabatnya di Tingkat 10, Menara Perbadanan Labuan.

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu dilantik Senator Datuk Bashir Alias akan melihat semula dasar dasar  sedia ada di Perbadanan Labuan (PL) supaya lebih mesra rakyat selain mengurangkan karenah birokreasi.

Bashir yang baharu dilantik untuk tempoh dua penggal 2022-2024 berikrar untuk menjadikan Perbadanan Labuan sebagai sebuah  agensi yang mesra rakyat dan   harmoni serta mampu memberikan  kesejahteraan kapada rakyat.

“Saya akan melihat semula dasar-dasar yang sedia ada di Perbadanan Labuan sebelum kita menambah baik kepada dasar dasar yang lebih proaktif dan mesra rakyat…. dan yang penting sekali  rakyat Labuan mendapat keharmonian dan kesejahteraan dalam kita mengurus tadbir Perbadanan Labuan” katanya kepada BDB di sini, kelmarin.

Terdahulu sebelum itu beliau telah menerima kunjungan hormat rombongan  delegasi KAGUM Group (Indonesia) di pejabatnya di Tingkat 10 Wisma Perbadanan Labuan.

Delegasi tersebut diketuai oleh pemilik KAGUM Group, Bapak Henry Husada.

Turut sama ialah pemilik Hard Rock Café Malaysia,  Tan Sri Dato’ Seri Syed Yusof Tun Syed Nasir dan Renaldi Husada.

Rombongan KAGUM Group  selama dua hari itu lebih menjurus kepada  mencari peluang pelaburan yang tersedia untuk diterokai di pulau bebas cukai ini khususnya dalam bidang perhotelan dan pelancongan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN