26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dari Alor Setar’ ke datuk bandar di California

Jocelyn Yow yang ‘berdarah’ Malaysia dilantik sebagai datuk bandar Eastvale di California. (Gambar Twitter)

PETALING JAYA: Seorang wanita ‘berdarah’ Malaysia Jocelyn Yow, melakar sejarah apabila menjadi wanita termuda dilantik sebagai datuk bandar Eastvale di California, Amerika Syarikat (AS).


Bapa Jocelyn Yow dari Malaysia dan ibunya berasal dari Vietnam berpindah ke Amerika Syarikat pada 1990-an.


Yow, 25, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia enam bulan mengakui bangga menjadi orang Malaysia-Vietnam-Cina-Amerika.


“Ayah saya datang ke sini dari Malaysia pada 1980-an untuk melanjutkan pelajaran dan masa depan yang lebih baik.

Jocelyn Yow dilaporkan pernah belajar di Sekolah Keat Hwa di Alor Setar.


“Pada tahun 1996, kami pindah ke Malaysia (Alor Setar, Kedah) ketika datuk ayah saya didiagnos menghidap barah, dan akhirnya saya menghabiskan lebih 10 tahun di sana, yang membolehkan saya belajar lebih banyak mengenai sejarah, warisan dan budaya keluarga kami,” katanya yang memuat naik gambarnya memakai baju kebaya hitam di Instagram.


Sebelum ini, beliau pernah bertugas sebagai pembantu Dewan Perwakilan AS dan juga menjadi wakil daerah di Senat California.-FMT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN