Aidrian Teo (tiga kanan) menyampaikan hadiah juara kepada pasukan Damai Eco Ranau sambil diperhatikan Midzmar Harun (dua kanan).
LABUAN: Pasukan Damai Eco dari Ranau muncul johan Pertandingan Bola Tampar Terbuka Wanita Piala Energizer 2024 selepas menewaskan pasukan Streme dari LabuanĀ 25-20 danĀ 25-20 pada perlawanan akhir kejohanan tersebut.
Dengan kemenangan itu pasukan Damai Eco menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala dan medal.
Manakala pasukan Streme yang berpuas hati untuk bergelar naib johan menerima hadiah wang tunai RM700 dan medal.
Tempat ketiga dimenangi pasukan Soho VT dari Kota Kinabalu selepas mengalahkan PSKPP Sabah 25 ā 17, 21 – 25 dan 15 – 13.
Pasukan Soho VT menerima wang tunai RM400 dan medal manakala PSKPP Sabah menerima medal.
Kejohanan dua hari itu yang berkahir pada Ahad lalu telah diadakan d Dewan GSTB Bukit Kalam anjuran Kelab Bola Tampar Chailuk Wilayah Persekutuan Lanbuan.
Sebanyak tujuh pasukan dari Wilayah Persekutuan Labuan dan tujuh pasukan dari Sabah yang diwakili pasukan dari Kota Kinabalu, Tambunan, Ranau, Tenom, Sipitang (2 pasukan) dan PSKPP Sabah mengambil bahagian pada pertandingan itu.
Naib Pengerusi, Aidrian Teo yang mewakili Pengerusi Kelab Bola Tampar Chailuk, Datuk Gapilin Haji Nasaruddin menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Datuk Gapilin sempat meluangkan masa menyaksikan perlawanan tempat ketiga dan keempat.
Gapilin berkata antara objektif pertandingan itu adalah untuk memperkenalkan produk bateri Energizer kepada masyarakat Labuan dan Sabah.
Selain itu, katanya, mempromosikan dan memperkenalkan Kelab Bola Tampar Chailuk kepada masyarakat Sabah dan Labuan khususnya pemain dan peminat bola tampar.
āKami berharap menerusi pertandingan itu mampu mencungkil bakat pemain serta mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,ākatanya.