Dakwa Jiran Sengaja Jemur Seluar Dalam Diluar Rumah Untuk Goda Suaminya, Wanita Buat Laporan Polis.

Dakwa Jiran Sengaja Jemur Seluar Dalam Diluar Rumah Untuk Goda Suaminya, Wanita Buat Laporan Polis.

12/09/2021 Off By Admin

Polis di Quintana Roo, Mexico pada baru-baru ini menerima aduan yang luar biasa daripada seorang wanita tempatan yang menuduh jirannya menggantung seluar dalam untuk menggoda suaminya.

Wanita yang berusia 42 tahun itu memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap jirannya kerana sengaja menggunakan taktik tersebut bagi menggoda suaminya.

Wanita itu memberitahu pegawai polis bahawa bukan secara kebetulan jirannya yang berusia 23 tahun itu selalu mencuci seluar dalamnya pada tiap hari Sabtu, sekitar tengah hari, ketika suaminya berada di rumah.

Wanita tersebut turut menjelaskan bahawa dia banyak kali menangkap suaminya menatap seluar dalam jirannya itu, dan walaupun dia sudah meminta jirannya berhenti menggoda suaminya, dia tetap tidak mempedulikannya.

Wanita berkenaan dilaporkan telah meminta polis untuk menangkap wanita muda itu kerana tidak sopan, namun pihak polis memberitahu kepadanya bahawa wanita yang berusia 23 tahun itu tidak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang.

Polis kemudiannya berjumpa dengan wanita tersebut dan menasihatinya agar berbincang dengan jiran serta suaminya bagi mengelakkan konflik pada masa akan datang.

Sumber: Oddity Central