26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Daerah Tongod berpotensi besar dalam bidang pelancongan: James

James (tengah) mengatam padi sebagai gimik perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod, diiringi Masiung dan kenamaan lain. – Foto oleh Roy Rosley Ajin


TONGOD: Daerah Tongod berpotensi besar menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negeri, sekaligus menjana sektor ekonomi penduduk setempat, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib.


“Pelancongan adalah salah satu sumber ekonomi utama negeri Sabah dan adalah tidak mustahil, daerah Tongod yang diberi jolokan ‘The Heart Of Sabah’ muncul sebagai satu lagi destinasi pelancongan popular di negeri ini.


“Sepanjang perjalanan saya ke daerah Tongod pada pagi tadi, saya begitu kagum dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi di daerah ini.


“Memang betul, Tongod banyak keistemewaan dan kelebihannya tersendiri khususnya dari segi kekayaan alam sekitar, flora dan fauna yang masih begitu segar,” kata beliau.


Menurut James, sesunggunya, keistemewaan dan kelebihan yang ada di Tongod ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada penyediaan pelbagai peluang sosioekonomi untuk penduduk tempatan seperti pelancongan Inap Desa dan Perusahan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

James melawat rrumah-rumah tradisi


Tambah beliau, dalam usaha meningkatkan lagi taraf sosioekonomi rakyat di Sabah dan termasuklah di daerah Tongod ini, Kerajaan sentiasa komited memacu pembangunan melalui pelbagai dasar dan agenda.


“Apa yang penting adalah untuk rakyat sentiasa memberikan sokongan padu kepada usaha-usaha kerajaan dalam merialisasikan segala asperasi rakyat,” kata beliau.


James yang juga Adun Sugut berkata demikian semasa merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod tahun 2023 yang diadakan di Dewan Masyarakat Tongod pada hari Sabtu.


Sementara itu, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih atas jemputan untuk hadir dan seterusnya merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod pada kali ini.


“Sambutan perayaan Pesta Kaamatan memberi makna yang cukup besar terutama bagi masyarakat yang terdiri Kadazandusun, Murut dan Rungus, temasuklah etnik Orang Sungai khasnya dan seluruh penduduk di daerah Tongod amnya.


“Tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Oluk, di atas kejayaan penganjuran pesta ini.


“Kehadiran kita bersama pada hari ini bukan sahaja menambahkan lagi kemeriahan pesta ini, tetapi juga membuktikan bahawa rakyat terus menyokong usaha-usaha kerajaan ke arah memantapkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan etnik di negeri ini,” kata beliau.


James menambah bahawa Pesta Kaamatan bukan sahaja bertujuan untuk menyatakan rasa kesyukuran di atas hasil tuaian yang baik tetapi juga memberi peluang kepada saudara mara untuk berkumpul dan mengeratkan silaturahim.


“Sesungguhnya Pesta Kaamatan adalah manifestasi keharmonian dan semangat muhibah masyarakat di negara ini untuk hidup aman damai dan bersatu padu walaupun terdiri daripada berbilang kaum, bangsa, agama dan kepercayaan.


“Justeru, tema Kaamatan pada tahun ini, ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’ adalah tepat pada masanya. Seharusnya kita fahami dan hayati maksudnya agar ia mencetus satu transformasi ke arah melahirkan masyarakat berbilang kaum yang penyayang dan saling hormat menghormati,” katanya.


Tambahnya lagi, daerah Tongod terletak di tengah-tengah Negeri Sabah dan pada hakikatnya, Tongod adalah daerah yang sedang membangun dari segi kemudahan infrastruktur, fasiliti, peningkatan taraf hidup dan perkembangan sosio-ekonomi.


“Saya yakin dan percaya, pembangunan yang sedang berlaku di daerah ini adalah hasil usaha dan kerja keras dari semua pihak seperti Pejabat Daerah, Jabatan dan Agensi serta pemimpin tempatan di daerah ini.


“Justeru, saya mengajak seluruh rakyat khususnya masyarakat daerah Tongod untuk bersama-sama kerajaan yang ada pada hari ini mengekalkan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi dengan memberikan kerjasama dan sokongan berterusan demi kelancaran pembangunan di di negeri Sabah,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN