26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Cuti sekolah  dimanfaatkan ibu bapa PKK Gereja Kokob

Rombongan PKK Gereja Kg.Kokob Baru merakam.gambar bersama Rudizah (berdiri kanan sekali) semasa melawat RRF.

RANAU: Cuti sekolah  dimanfaatkan ibu bapa Pembangunan Kanak-Kanak (PKK) Gereja Kokob Baru di sini, untuk membawa anak-anak mereka  melawat ke lokasi menarik sekitar Ranau.

Pengerusinya, Rudizah John ketika ditemu, memberitahu masa cuti sekolah yang berakhir minggu ini dijadikan peluang  bersama anak-anak mereka untuk memberi ruang melawat sambil belajar yang mungkin anak-anak boleh jadikan satu pembelajaran selain yang mereka peroleh dalam bilik darjah.

“Program yang julungkali kami adakan ini telah dipersetujui para ibu bapa menerusi mesyuarat yang diadakan sebelum  program dilaksanakan”, jelas Rudizah yang membawa seramai 10 orang ibubapa bersama
18 orang kanak-kanak telah melawat ke Ranau Rabbit Farm (RRF) dekat Kg.Kigiok seterusnya ke Pusat Madu Kelulut Kg. Kinapulidan Ranau.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN