24.2 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

CUBAAN FITNAH NAIB PRESIDEN BRIGED NEGARAKU KE ATAS PETER ANTHONY

Ketua Wirawati Warisan Kota Belud, Siti Selihah Binti Majin ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Belud siang tadi.

PERCUBAAN memulakan fitnah oleh Naib Presiden Briged Negaraku ke atas Datuk Peter Anthony mendapat respon segera daripada Wirawati Warisan Kota belud apabila satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Belud pada hari ini.

Kiriman Facebook yang menggunakan nama Nur Fazz tersebut cuba memberi gambaran kepada orang awam seolah-olah Datuk Peter Anthony cuba melarikan diri ke Indonesia dan berjaya ditangkap oleh SPRM di Pensiangan pada 16 Jun 2020.

Pada tarikh tersebut Datuk Peter Anthony berada di Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat kabinet negeri pada 17 Jun.

Pada siang tadi, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Wirawati Warisan Kota Belud, Siti Selihah Binti Majin berhubung dakwaan berkenaan. Tindakan Nur Fazz selaku Naib Presiden Briged Negaraku, sebuah NGO yang bernaung di bawah Barisan Nasional dilihat sebagai tindakan yang serius dan cuba memberi gambaran buruk terhadap Naib Presiden Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony.

UMNO dan Barisan Nasional sejak dari dahulu dikenali dengan keupayaan pemikir dan jenteranya mencipta fitnah, merancang tipu helah politik dan perang saraf bagi membunuh karakter musuh demi meraih sokongan awam.

Sumber: KDMtv

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN