BUBUR LAMBUKā¦. Dr Ismuni (dua kiri) bersama Muhamad (kanan sekali) menyerahkan bubur lambuk kepada pengunjung Bazar Ramadan di Labuan Walk, pada Ahad.
LABUAN:Selain daripada membeli juadah untuk berbuka puasa, para pengunjung di Bazar Ramadan Labuan Walk juga berpeluang menerima satu bungkus bubur lambuk sumbangan daripada COMBI Labuan menerusi Program Iftar Ramadan Bebas COVID 19.
Menurut Pengerusi COMBI Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Muhammad Jakob, sebanyak 200 bungkus bubur lambuk yang disediakan oleh ahli-ahli COMBI telah diagihkan kepada pengunjung di Bazar Ramadan Labuan, Walk petang Ahad.
Muhamad berkata, proses memamsak bubur lambuk telah dijalankan secara gotong royong membabitkan ahli-ahli daripada 24 lokaliti COMBI yang ada di Labuan.
āProgramĀ ini merupakan aktiviti tahunan COMBIĀ sebagai salah satu usaha menyantuni masyarakat bukan sahaja untuk membantu dalamĀ memberi kesedaran mengenai wabak denggi tetapi jugaĀ merapatkan hubungan silaturahim antara ahli ahli COMBI dengan masyarakatā katanya ketika ditemui pada program tersebut.
![](https://www.borneodailybulletin.com/wp-content/uploads/2022/04/IMG-20220418-WA0003-1024x662.jpg)
SEBAHAGIAN ahli ahli COMBI yang menjayakan agihan Bubur Lambuk menerusi Program Ihya Ramadan Bebas COVID 19.
Hadir sama pada program itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari.
Untuk rekod COMBI ialah singkatan bagi āCommunication for Behavioural Impactā atau āKomunikasi untuk Perubahan Tingkahlakuā yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah Denggi di Malaysia.
COMBI juga merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunakan strategi mobilisasi sosial dan komunikasi untuk mempengaruhi individu, keluarga dan komuniti ke arah perubahan tingkah laku yang sihat.