34 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mei 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

CIS SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM100 RIBU

Zakat perniagaan……Japlin Akim menyaksikan penyerahan zakat perniagaan tahun 2023 Cement Indusries (Sabah) Sdn Bhd oleh Sumardi Mohd Yusof kepada Dahlan Marali dari Pusat Zakat Sabah.

KOTA KINABALU: Syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Zakat Sabah pada majlis yang diadakan di sini hari ini.

Majlis penyerahan yang turut diadakan sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 itu disempurnakan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim, manakala Dahlan Marali
Ketua Sektor Operasi & Wilayah
Bahagian Zakat & Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima bagi pihak Pusat Zakat Sabah.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ekonomi Sabah (SEDCO), Haji Azrul Ahmad, Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof serta kakitangan CIS.

Menurut Japlin, zakat berkenaan adalah antara tanggungjawab CIS dalam menunaikan tuntutan Islam berdasarkan kepada perkembangan dan keuntungan semasa syarikat.

“Diharapkan zakat ini akan dapat dimanfaatkan bagi tujuan membantu para asnaf dan kita berdoa agar perniagaan CIS terus mencapai kejayaan pada masa-masa yang akan datang,” ujar beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN