27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Cecilia Edwin sempernakan “HUB Everything Tambunan”

Datin Seri Panglima Cecilia Edwin dan Puan Yahina @ sabrina inggit, pengerusi WSGE and bergambar kenangan bersama ahli selepas menyempurnakan perasmian.

TAMBUNAN: “HUB Everything Tambunan” yang dikendalikan oleh Women’s Support Group Enterprise (WSGE) telah dirasmikan oleh Datin Seri Panglima Cecilia Edwin, Timbalan Pengerusi MUTIARA Sabah bertempat di Dewan Industri Kecil Sederhana (IKS).

Perasmian HUB menyeremarakkan lagi semangat WSGE untuk terus maju dalam bidang perusahaan.

Ditambah lagi dengan persetujuan Datin Cecilia Edwin menyahut seruan pengerusi WSGE, Puan Yahina untuk bertindak sebagai Penaung WSGE bermula pada hari ini.

Kewujudan WSGE bermula apabila ‘Women Support Group’ (WSG) terbentuk di 18 buah kampung, bertindak sebagai kumpulan sokongan kepada projek “Perlindungan dan Pemerkasaan kanak-kanak perempuan terhadap keganasan berdasarkan seksual dan jantina (SGBV) di Tambunan”.

Projek ini dikelolakan oleh Good Shepherd Services, sebuah Organisasi yang tidak berasaskan Keuntungan pada tahun 2017 hingga 2019 dan dibiayai oleh Yayasan Hasanah. WSG penting untuk memastikan peningkatan perlindungan serta sokongan masyarakat secara berterusan dan advokasi untuk kesetaraan jantina di Tambunan.

Pemerkasaan wanita di Tambunan diteruskan dengan pembentukan ‘Women’s Support Group Enterprise’ (WSGE). WSGE membuka peluang kepada golongan wanita untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan supaya mereka dapat memperolehi pendapatan sendiri.

Program penanaman halia adalah langkah pertama yang telah diambil oleh ahli WSGE.

Sehingga hari ini, antara produk yang berjaya dihasilkan dan dalam pasaran produk ‘Everything Tambunan’ adalah serbuk halia, halia keping, jus halia, halwa, serunding halia dan serunding tuhau.

Projek Halia Tambunan merupakan model agronomi mandiri yang membolehkan wanita berpeluang untuk menambah pendapatan hidup mereka dan untuk memajukan keadaan keluarga yang tidak mampu dari segi kewangan.

Datin Seri Panglima Cecilia Edwin, dalam ucapan beliau menyatakan sokongan penuh terhadap persatuan ini yang mana produk yang dihasilkan dijadikan satu advokasi untuk menyebarkan kesedaran menentang keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak serta menghentikan perkahwinan bawah umur ke serata tempat.

Dengan produk WSGE ini, mesej tersebut lebih mudah disebarkan, kata beliau. Beliau juga meluahkan perasaan bangganya terhadap pencapaian WSGE yang menurut beliau adalah holistic dimana, keterlibatan mereka bukan sahaja membangunkankan ekonomi keluarga, memperkasakan wanita dan kanak-kanak tetapi menjadi ajen advokasi terhadap hak-hak asasi kanak-kanak dan wanita.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN