Robert (kanan)semasa meninjau pengoperasian pertama CCB BSN di Pekan Bingkor.2. Helena pelanggan pertama ATM, CCB BSN di Pekan Bingkor.
KENINGAU:Pengoperasian Cawangan Bank Bergerak (CBB) Bank Simpanan Nasional (BSN) di Pekan Bingkor bermula pada hari ini (Rabu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, pengoperasian CCB BSN itu menyediakan semua perkhidmatan perbankan,termasuk Bantuan Orang Tua, Pembukaan Akaun, ATM dan lain-lain.
Katanya, dengan pembukaan Cawangan Bank Bergerak BSN di Pekan Bingkor ini dapat memudahkan urusan masyarakat setempat dan warga emas yang mana selama ini terpaksa berpusu di kaunter Bank utama BSN Cawangan Daerah Keningau.
Robert yang Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa meninjau lokasi pengoperasian CCB BSN itu pagi tadi.
“Saya hadir dilokasi bagi memastikan kemudahan dan keperluan semasa kiosk CBB BSN di Pekan Bingkor tidak bermasalah selain memberi sokongan kepada usaha pembukaan CCB BSN di Pekan ini” katanya.
Pada masa sama beliau mengalu-alukan pelanggan berurusan di Cawangan ini pada setiap hari Rabu bermula jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 Petang.
Sementara itu penduduk di kawasan DUN Bongkor rata-rata menyambut baik pengoperasian CCB BSN itu di Pekan Bingkor.
Seorang penduduk Helena Juin dari Kampung Bunsit berkata, mereka berterima kasih dan menyampaikan sekalung penghargaan kepada Datuk Robert atas usaha beliau sehingga cawangan tetap CBB BSN ini dibuka di Pekan Bingkor.
“Kami tidak perlu lagi ke Cawangan BSN di Keningau kerana cukuplah sekali seminggu kami mengeluarkan duit di CCB BSN di Pekan ini” kata Helena yang merupakan pelanggan pertama pada hari pertama pengoperasian CCB BSN itu.