25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

CALON GRS DUN BANDAU, DATUK REDONAH BAHANDA

Redonah bersama jenteranya di Kampung Bintasan Laut, Kota Marudu

KOTA. MARUDU: Suasana kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 hari ini sekali lagi menampilkan kekuatan, keyakinan dan kesungguhan wanita dalam politik apabila Datuk Redonah Bahanda, calon GRS untuk DUN Bandau, terus mengangkat mesej kestabilan dan pembangunan sebagai teras perjuangannya.

Dalam satu temu bual ringkas, beliau menzahirkan harapan yang tinggi terhadap semua calon wanita GRS yang bertanding di seluruh negeri.

“Saya mengharapkan calon-calon wanita khasnya daripada GRS, insyaAllah, semua akan menang. Yang paling penting ialah kita mempertahankan kerajaan GRS,” katanya.

Datuk Redonah menegaskan bahawa kesinambungan Kerajaan GRS amat penting bagi memastikan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat diteruskan dan ditambah baik.

Menurut beliau, banyak program rakyat, projek infrastruktur serta inisiatif ekonomi sedang berjalan dan hanya kerajaan yang stabil mampu memastikan manfaatnya sampai kepada seluruh rakyat.

“Pelan-pelan pembangunan Sabah Maju Jaya sudah bergerak. Jika kerajaan ini diteruskan, ia bukan sahaja dapat diteruskan, tetapi akan ditambah lebih baik. Sudah semestinya rakyat Sabah yang akan menikmati hasilnya,” ujarnya.

Beliau menekankan bahawa kestabilan politik adalah kunci kepada kemajuan.

“Kita memerlukan kerajaan yang stabil. Sebab itu kita perlu bekerja keras untuk memastikan kerajaan GRS dipertahankan dan menang dalam PRN Sabah ke-17 ini,” tambah beliau.

Sebagai calon yang dekat dengan masyarakat Bandau, Datuk Redonah terus menunjukkan komitmen untuk membawa suara rakyat ke peringkat negeri serta memastikan pembangunan daerah kekal menjadi keutamaan dalam agenda GRS.

“Dengan sokongan rakyat Bandau, kita bukan sahaja mempertahankan kerusi ini, tetapi memastikan masa depan Sabah terus berada di landasan yang kukuh,” katanya selepas ditemui bersama jentera-jenteranya di Kampung Bintasan Laut, Kota Marudu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN