27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

CAHAYA KASIH SDN. BHD. LANCAR RESIPI TERBARU SERUNDING TUHAU

Gambar: Goon (kairi) membuat tempahan resipi terbaru Cahaya Kasih

RANAU Usahanita yang terkenal dengan serunding tuhau di daerah Ranau khasnya dan peringkat luar negeri amnya, Wasinah Kuntagil (gambar) sekali lagi melancarkan inovasi serunding tuhau dengan resipi terbarunya berasaskan tuhau, ikan masin dan udang. Produk terbaru Cahaya Kasih Sdn. Bhd. itu mengandungi sedikit inovasi berbanding produk sebelumnya selepas melalui beberapa peringkat penyeldikan terperinci.

Menurut Wasinah, serunding tuhau dengan resipi terbaru ini yang sudah mula berada di pasaran sejak 30 Mac lalu telah melalui tempoh yang agak lama iaitu 6 bulan ke atas kerana untuk mengeluarkan resipi baru perlu banyak peringkat penyelidikan rapi sebelum sampai ke pasaran.

Wasinah, Pengarah Cahaya Kasih Sdn. Bhd.

Ketika dihubungi media BDB, Wasinah memberitau produk sedia ada sebelum ini telah berada di pasaran lebih 13 tahun. Produk tersebut sentiasa menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Malah produk serunding tuhau tersebut juga telah menembusi pasar raya-pasar raya besar dan mendapat permintaan yang tinggi.

“Saya mengeluarkan produk terbaru ini atas dua sebab. Pertama kerana produk lama sudah kukuh di pasaran dan kedua ialah memenuhi cadangan-cadangan daripada para pelanggan. Ramai pelanggan mencadangkan agar saya mencipta perisa-perisa baru. Jadi saya sahut cabaran itu dan cuba berusaha untuk menunaikan kehendak mereka. Di samping itu saya sememangnya telah terfikir untuk menambah menu produk yang sedia ada supaya pelanggan mempunyai pilihan lebih daripada satu” katanya.

“Terimakasih kepada Syarikat Goon kerana telah melawat pusat serunding tuhau saya baru-baru ini. Goon Thien Shang, Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Menteri merupakan antara pelawat yang telah berkunjung ke premis perniagaan saya. Dalam kunjungan itu Goon bersedia membantu untuk memasarkan produk tersebut ke Kuala Lumpur”ujarnya.

 “Bagi sesiapa yang berminat dan ingin mencuba perisa terbaru produk ini boleh datang sendiri di Pusat Cahaya Kasih di Kampung Marakau atau menghubungi saya di talian 011-23681789 untuk tempahan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN