27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Cadang dua kanak-kanak mangsa dera diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat: Robert

Robert bersama rombongan semasa melawat kanak-kanak mangsa dera yang dirawat di Hospital Keningau.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin mencadangkan agar dua orang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera pasangan suami isteri baru-baru ini ditempatkan di pusat jagaan kanak- kanak dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berkata, dua kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan suami isteri yang tidak berperikemanusiaan itu perlu perlindungan bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan seperti insan yang lain.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkata demikian selepas menziarahi dua orang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera yang menggempar di masyarakat di daerah ini yang kini sedang dirawat di hospital Keningau pada Sabtu.

Mengulas kejadian itu Robert berkata, ia amat menyayat hati dan menyedihkan kerana perbuatan itu melampaui batas pemikiran manusia.

“Orang tua atau ibu bapa sepatutnya melindungi kanak-kanak dan menjaga kesihatan serta keselamatan termasuk memberi kecukupan makan minum mereka” katanya.

Tetapi katanya, sebaliknya lain pula yang berlaku terhadap dua kanak-kanak berkenaan, mereka didera dan diseksa kedua-dua orang tua mereka.

Justeru itu katanya, dua kanak-kanak mangsa dera ini perlu mendapat perlindungan yang sewajarnya.

Pada masa sama Robert meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan yang lebih berat kepada suami isteri yang melakukannya sebagai satu pengajaran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN