30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bung yakin Ahli Parlimen UMNO akan sokong Belanjawan 2021

BUNG MOKTAR RADIN

KOTA KINABALU : Ahli Parlimen Kinabatangan, Dato’ Sri Bung Moktar Radin(gambar) yakin semua Ahli Parlimen UMNO akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 Nov depan nanti.

Menurut Bung Moktar, Belanjawan 2021 penting untuk diluluskan kerana ia merupakan hala tuju kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.

BAJA SUBUR CECAIR 100% ORGANIK ,
Sesuai untuk semua jenis tanaman..

http://www.wasap.my/60128648928/

Mengulas lanjut, beliau turut menjelaskan UMNO meminta kerajaan melihat sekutu dalam kerajaan secara adil dan saksama.

“Bukan saya menganggap tetapi ini keputusan keseluruhan parti iaitu parti melihat bahawa perlu ada revisit atau pembaharuan dalam semua aspek.

“Ini kerana UMNO dan Barisan Nasional merupakan satu pasukan dalam kerajaan yang ada ini dan sudah tentu perlu ada perjanjian dalam bentuk agreement dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi kemarin .

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah juga menegaskan UMNO tidak mahu Parlimen dibubarkan kerana keutamaan buat masa ini ialah menentang musuh tidak nyata iaitu COVID-19.

“Pada saya, ini yang penting kerana keutamaan kita ialah menyelamat keadaan rakyat yang diserang COVID-19 dan ini penting bahawa kita perlu menyokong apa juga yang baik untuk negara dan rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berharap bukan sahaja Ahli Parlimen kerajaan menyokong Belanjawan 2021 tapi pihak pembangkang juga perlu menyokongnya.

” Jika mereka berjiwa besar menyelami danyut nadi rakyat ketika negara berhadapan dengan cabaran penularan wabak Covid-19 dan cabaran ekonomi negara masa kini mereka wajar menyokong demi kepentingan rakyat Dan negara” tambah Bung

Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.

Seri Paduka Baginda sebaliknya mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala “politicking” yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN