28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bung Sampaikan bantuan bakul makanan kepada 12 kampung DUN Lamang.

SIAP..Bakul bakul makanan siap disusun untuk agihan kepada rakyat di Dun Lamag.

KINABATANGAN: Sebanyak 1,082 bakul makanan untuk 12 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri Lamag telah diagih-agihkan kepada penerima .

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata bantuan ini diberikan kepada penduduk terlibat untuk meringankan benan yang mereka hadapi semasa berhadapan dengan penularan Pandemik Covid-19.

” Saya telah meminta pegawai pegawai saya melakukan agihan ini dan mempastikan tidak ada penduduk yang tercicir dari menerima sumbangan” Katanya ketika di hubungi di Kuala Lumpur semalam.

AGIH..Kelihatan wakil Bung menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di kawasan dun Lamag.

Beliau yang kini berada di ibu negara kerana persediaan menghadiri persidangan Parlimen berharap penduduk di kawasan itu bersabar sementara menunggu pegawai pegawai beliau datang menghulurkan sumbangan.

” Oleh kerana kita terpaksa mematuhi SOP yang ditetapkan ditambah lagi faktor logistik pergerakan untuk menghantar bantuan sedikit memakan masa, bagaimanapun saya memberi jaminan bantuan akan disampaikan ” tambah Bung.

Sementara itu di Kota Kinabalu Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan beberapa kelengkapan kepada Penjara Pusat Kepayan antaraya Facemask,Sanitize,khemah serta barang barang keperluan makanan untuk petugas .

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya para petugas di Penjara Kepayan berhadapan dengan cabaran dan rasiko yang tinggi apabila kawasan tersebut diistiarkan sebagai kulestar baru dan berada dalam kawasan zon merah.

” Sedikit sumbangan ini diharapkan akan membantu mereka disamping dapat memberikan suntikan semangat untuk mereka melaksanakan tugas yang sentiasa berhadapan dengan cabaran” jelas Bung .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN