27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BUNG: JIKA TIDAK MEMBEBANKAN KERAJAAN LANTIK DOKTOR KONTRAK KE JAWATAN TETAP

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) mencadangkan kepada kerajaan agar menyerapkan doktor yang dilantik secara kontrak ke jawatan tetap.

Menurut beliau sekiranya kerajaan mempunyai peruntukan tidak salah untuk melantik petugas kesihatan dan doktor ke jawatan tetap berdasarkan kepada kelulusan serta keupayaan mereka menggalas tugas sebagai seorang pegawai perubatan.

“ isunya iaitu doktor yang tidak berjawatan tetap memohon untuk diserapkan ke jawatan tetap,. jika tidak membebankan kerajaan bagi sajalah (lantik ke jawatan tetap)” katanya ketika mencelah ucapan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr. Shahidn Kassim pada sesi perbahasan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga majlis Parlimen ke-14 Sidang dewan rakyat kemarin.

Menurut Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri terdapat keperluan untuk menambah bilangan doktor di negara ini khususnya di Sabah apalagi dalam keadaan negeri menghadapi penularan pandemik Copvid-19 ketika ini.

“ Dalam setuasi getir ini kita memerlukan lebih ramai doktor berada dibarisan hadapan bagi membantu dan merawat pesakit khususnya COVID-19 yang semain meruncing ketika ini” jelas Bung.

Malah menurut Bung kalau pun tidak dapat dilantik secara tetap, doktor kontrak ini kerajaan perlu mempertimbangkan untuk melantik mereka secara kontrak dalam tempoh yang sesuai contohnya menawarkan kontrak perkhidmatan empat tahun kepada golongan itu, berbanding kontrak dua tahun sahaja bagi membolehkan mereka menjalani ujian kepakaran.

Tambah Bung isu kemampuan sistem kesihatan dan kesiapsiagaan petugas barisan hadapan dalam menghadapi pandemik ini perlu diselesaikan segera.

“ Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk menyelesaikan isu ini memandangkan petugas kesihatan termasuk petugas berstatus kontrak terpaksa memikul beban yang berat susulan peningkatan kes Covid-19 dalam negara pada masa ini” katanya

Ketika perbahasan tersebut Bung yang juga Menteri Kerja Raya sempat mengemukan cadangan kepada Menteri kesihatan Dato Sr Dr.Adham Baba agar dapat membekalkan sebuah bot untuk kegunaan klinik kesihatan di Pulau Bangi Kudat.

Katanya Klinik Kesihatan Bangi Kudat terletak di sebuah Pulau dan apabila berlaku kes kes kecemasan bagi membawa orang sakit dan bersalin untuk mendapatkan rawatan lanjutan ke Hospital terdekat petugas di Klinik Kesihatan Pulau Bangi akan berhadapan dengan masalah.

“ Saya harap YB Menteri Kesihatan dapat memberikan pertimbangan untuk membekalkan sebuah bot untuk kegunaan Klinik Kesihatan Pulau Bangi” katanya

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN