MAYAT kanak kanak dipercayai terjatuh dari tingkat 10 ditemukan di tingkat 1 apartment Ganggarak Permai, awal pagi tadi
LABUAN: Seorang budak perempuan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingakt 10 sebuah apartment Ganggarak Permai, dekat sini, awal pagi ini (Selasa).
Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Supritendan Ahmad Jawila berkata, pihak telah menerima maklumat memngenai mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berada di beranda di tingkat 1 bangunan tersebut kira-kira jam 5.28 pagi.
“ Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak berusia 12 tahun, warga tempatan, tinggal di tingkat 10 bangunan berkenaan dipercayai telah terjatuh dari bahagian tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif apartment tersebut.
“Pegawai Perubatan telah hadir di lokasi pada kira-kira 7.42 pagi dan mengesahkan mangsa telah meninggal duni” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada medi disini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Labuan dan di diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat.
Siasatan awal polis katanya, mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai Mati MengejuT (SDR).
Dalam pada itu, pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan di talian 087-412222.