SERONOK....Petronila ketiga mengikuti ‘Buaian Gergasi’ di RFF
RANAU: ‘Gient Swing: (‘Buaian Gergasi)’ satu lagi daya tarikan pengu jung ke Ranau Rabit Farm(RRF) selain Mont Kinabalu Sky Bike terletak kira-kira 6.5 kilometer dari pekan Ranau.
Aktiviti itu pasti menjanjikan satu keseronokan dan kepuasan bagi mereka yang gemar dengan program lasak.
Gient Swing dengan ketinggian 12 meter tu amat menyeronokkan apabila berhayunan ke depan menyaksikan panorama indah tanah pertanian menghijau seperti sawan padi dan kebun buah-buahan, anak su gai serta perumahan penduduk berhampiran.
Tinjauan penulis di tiga lokasi itu menjadi tumpuan orang ramai terutama para pelanco g dari dalam dan luar negeri yang meluang mengisi masa cuti hujung minggu atau Hari Kepasan Am untuk melawat ke Kundasang dan Ranau yang memang terkenal kaya dengan destinasi pelancongan menarik di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya.
Ramai pengunjung yang menyertai Bua ofian Gergasi itu, melahirkan perasaan betuah kerana berpeluang mengikuti aktiviti mencabar dan menyeronokkan itu yang hanya terdapat di RRF dekat Kg.Kigiok Ranau tidak terdapat di tempat lain.
“Inilah julungkali saya mengikuti aktiviti ini yang walaupun mencabar namun cukup menyeronokkan” jelas salah seorang pengunung Petronila Pilih 24, anak kelahiran Kg.Kokob Ranau.
Petronila turut mengajak rakan-rakannya supaya datang mengikuti Buaian Gergasi itu yang menjanjikan satu kepuasan dan memberi satu catatan sejarah tersendiri kepada setiap pengunjung.
Menurut Petronila, selain RRF, Swing Gient
dan Mont Kinabalu Sky Bike, para pelancong boleh ke destinasi lain seperti Taman Madu Kelulut, Ladang Ternakan Payau dekat Kg.Minapulidan, Marakau Bombon, Taman Air Panas Poring, Kinomuk Garden, Pusat Tagal Luanti, Sabah Teh Nalapak, Taman Kinabalu, Dairy Farm Masilau Kundasang, Tugu Peringatan Perang pekan Kundasang, Sudut Selfie pekan Kundasang dan banyak lagi.