32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mac 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bot Karam: Dua beranak  berjaya diselamatkan

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat ketika menyelamatkan salah seorang mangsa bot karam

LABUAN: Dua beranak dari Kampung Lubok Temiang   berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat  Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan selepas bot yang mereka naiki karam, di perairan Batu Manikar,  pada malam kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Asbi Kabirin, 62 dan  anaknya Mahadi Asbi,   34 tahun  dikatakan turun kelaut untuk menjalankan aktiviti memancing di perairan laut  Batu Manikar.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dalam satu kenyataan di sini berkata, bilik gerakan operasi telah menerima panggilan kecemasan kira kira jam 9.43 malam daripada keluarga mangsa.

Berdasarkan maklumat itu,  pasukan unit  Penyelamat Air seramai lima orang dari balai Bomba Layang-Layang telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk melakukan operasi  mencari dan menyelamat.

Turut membantu dalam kejadian itu ialah tiga orang awam menggunakan bot persendirian.

Menurut kenyataan itu, pasukan penyelamat berjaya menemui kedua-dua mangsa dan berjaya diselamatkan seterusnya di bawa naik  ke darat.

Kedua dua mangsa telah dibawa ke hospital  Labuan untuk menerima rawana selanjutnya dan operasi tamat kira-kira jam 10.49 malam.

Secara keseluruhanya operasai tersebut melibatkan seramai 30 anggota pasukan penyelamat melibatkan JBPM,  PDRM  dan Jabatan Kesihatan (KKM).

Hadir sama  meninjau operasi menyelamat mangsa ialah Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, dan Timbalan Pengerusi  MPP Subzon 4, Haji Ismail Samat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN