Penyampaian cenderahati oleh wakil JANS (Kiri tengah ) Yeoh E.L Pengarah Borneosh, (tengah kanan) Clinton, Penolong Pegawai Keselamatan JANS, (kedua dari kanan, Fadzrul wakil daripada (MRSB)
KOTA KINABALU: Seramai 21 peserta, termasuk 20 wakil daripada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dari seluruh Sabah, telah berjaya menyelesaikan program kompetensi Authorised Entrant Standby Person (AESP) selama dua hari pada 11–12 Disember 2024 di Pusat Latihan Borneosh, Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu.
Latihan ini dijalankan oleh pelatih bertauliah dan diselia oleh pegawai daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Cawangan Kota Kinabalu, Sabah.
Borneosh Sdn Bhd kini diiktiraf sebagai pusat latihan berdaftar swasta pertama di Sabah yang menawarkan kursus kompetensi AESP dan Authorised Gas Tester Entry Supervisor (AGTES) melalui kerjasama strategik bersama Moca Resources Sdn Bhd (MRSB).
Dengan kemudahan pusat latihan yang bedaftar dan tenaga pengajar bertauliah, Borneosh mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam menyediakan latihan profesional untuk pekerja mahir di sektor berisiko tinggi, khususnya dalam ruang terkurung.
Menurut Pengurus Operasi Borneosh Sdn Bhd, Jess Joel Moriga, “Borneosh berhasrat untuk menyokong industri sebagai pusat latihan berdaftar dengan meningkatkan kesedaran dan kemahiran pekerja di Sabah yang terlibat dalam persekitaran kerja berisiko tinggi.
Kami juga komited untuk membantu agensi penguatkuasa seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan.”
Beliau turut menegaskan bahawa Borneosh sentiasa peka terhadap perkembangan peraturan semasa dan akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menekankan keselamatan dan kesihatan pekerja.
Pusat latihan berdaftar ini kini membuka peluang kepada majikan dan pekerja dari pelbagai sektor untuk menyertai kursus kompetensi AESP dan AGTES.
Majlis penutupan program diserikan dengan kehadiran Encik Clinton Johnny, Penolong Pegawai Keselamatan JANS, yang mengetuai kumpulan peserta dan Pengarah Borneosh Sdn Bhd, Encik Yeoh E.L., yang menerima cenderamata penghargaan daripada Jabatan Air Negeri Sabah sebagai tanda hubungan kerjasama yang erat antara kedua-dua organisasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan, sila hubungi Borneosh Sdn Bhd di Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu atau melalui saluran komunikasi rasmi kami.



