32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

BORNEO BATIK SCRUNCHIES BERKONGSI TIPS BERNIAGA DALAM TALIAN DALAM PROGRAM SPRINT, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Oleh: Amer Azlan Bin Abdul Jamal

Jurulatih, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. (https://www.facebook.com/pkppumskk).

Azmir Azlan

PENGHIDUPAN normal baharu tidak menghalang para pelajar UMS untuk berkongsi wadah ilmu bersama komuniti. Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui kursus kokurikulum berkredit INTERIM 5 menganjurkan program program bual bicara sebagai aktiviti wajib Mahasiswa Prihatin (SPRINT) dengan menampilkan pengasas Borneo Batik Scrunchies, Cik Angelyna Luwa yang melibatkan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat di platform Facebook Live.

Pengarah program, mahasiswa Crisphin Jenai menjelaskan bahawa objektif utama program ini adalah untuk memupuk pemahaman masyarakat mengenai kepentingan dan kelebihan menjadi usahawan dalam talian selaras dengan perkembangan teknologi digital masa kini.

Borneo Batik Scrunchies menghasilkan produk Scrunchies tersendiri menggunakan motif Borneo, sekaligus membantu mempromosikan keunikan batik Sarawak. Antara tips yang dikongsikan untuk menceburi bidang perniagaan dalam talian ialah minat, cari ilmu, ambil peluang, ambil langkah dan inspirasi.

  • Minat- Minat perlu ada dalam menghasilkan sesuatu.
  • Cari ilmu- Terus belajar termasuk belajar melalui pengalaman “trial and error
  • Ambil peluang- Mengambil setiap peluang dalam bidang pernoagaan dalam talian
  • Ambil Langkah (action)- Mulakan perniagaan
  • Inspirasi- Belajar daripada orang berjaya

Strategi dalam memasarkan produk meningkatkan jualan Borneo Batik Scrunchies

  • Perlu kreatif dengan menonjolkan keunikan dan “originality” produk keluaran sendiri.
  • Kenalpasti sasaran pelanggan supaya mudah untuk mendekati mereka.
  • Sentiasa amalkan “after sales service” dengan mendapatkan maklum balas, dan berkomunikasi mengenai aktiviti promosi.
  • Menerima kritikan dengan hati yang terbuka, dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kekurangan dari segi kualiti produk.

PKPP UMS berhasrat untuk mengadakan lebih banyak program kemasyarakat seperti ini pada masa akan datang dalam memberikan manfaat kepada mahasiswa dan masyarakat secara keseluruhan.




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN