Jumain (dua kanan) menyampaikan Cenderakenangan kepada Roger diperhatikan yang lain.
RANAU: Pasukan Pejabat Daerah Ranau (Padera) ‘Sama-Sama Handal’ apabila berkesudahan ‘Enam Sama’ (6-6) dengan pasukan Pejabat Daerah Beluran pada perlawanan Bola Sepak ‘Silaturrahim’ di padang Majlis Daerah Ranau (MDR) pada Selasa.
Pasukan Padera diketuai Pegawai Daerah, Jumain Bin Abd.Ghani manakala Pejabat Daerah Beluran diketuai Pegawai Daerahnya, Roger Appolonius.
Gol Padera telah dijaringkan oleh Conisius Justin(1), Romzie Mohamad (1), Matlan (1), Waldin Dullah (2) dan Redzuan Maruji (1). Manakala 6 jaringan Pejabat Daerah Beluran dihasilkan menerusi Mohd.Arif (2), Teo (2), Kent (1) dan Well(1).
Suasana perlawanan persahabatan itu bertambah meriah apabila Ahli Parlimen Ranau, yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, nyaris-nyaris menambah jaringan untuk Padera apabila menandang bola pada ‘Pinalti’ namun tersasar sedikit daripada gawang Beluran.
Jumain ketika ditemui memaklumkan perlawanan Persahabatan itu lebih kepada mengeratkan Silaturrahim sedia terjalin serta ‘Suaikenal’ dikalangan pemain kedua-dua pasukan.
“Kita sentiasa terbuka untuk mengadakan perlawanan persahabatan bukan sahaja permainan sukan Bola Sepak malah jenis sukan yang difikirkan sesuai sebagai langkah memupuk permuafakatan dikalangan penjawat awam”, tambah Jumain.
           Â