Yazid (kedua dari kanan) bersama rombongan semasa menziarahi mendiang Basir
KENINGAU: Biro Kebajikan Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kampung Buang Sayang menziarahi keluarga besar mendiang Basir Walter Umpason di kediamannya di Kampung Buang Sayang Bingkor.
Rombongan seramai tujun orang itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.
Ia turut disertai oleh Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah ( JHEAINS) Daerah Keningau Ustaz Mohd Nizam Yahya, Timbalan Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kamaruddin Said dan beberapa orang ahli jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.
Dalam Zairah itu, Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor turut menghulurkan sumbangan derma kewangan kepada keluarga mendiang.
Yazid berkata program ziarah yang dilaksanakan itu adalah aktiviti Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan dibawah biro Kebajikan.
Dalam tahun ini, katanya sebanyak lebih 20 Zairah telah dibuat bukan saja di tumpuhkan kepada yang meninggal tetapi juga kepada yang menghadapi masalah kesihatan dan yang ditimpa malapataka tanpa mengira agama dan bangsa di sekitar kampung kampung yang berhampiran dengan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.
Yazid menzahirkan ucapan takziah kepada keseluruhan ahli keluarga besar mendiang.



