Bilik Gerakan JPKK Kg.Kota Ayangan bakal dibaiki

Home Tempatan Bilik Gerakan JPKK Kg.Kota Ayangan bakal dibaiki
Bilik Gerakan JPKK Kg.Kota Ayangan bakal dibaiki

Sonjah (kanan)menyampaikan sumbangan kepada Haji Musa.

KENINGAU:Bilik Gerakan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kota Ayangan yang berkeadaan uzur mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya telah menghulurkan sumbangan dana untuk membaiki bilik gerakan tersebut.

Sumbangan dana itu telah  disampaikan oleh staf pejabat ADUN  Sonjah Junaidi mewakili Robert yang diterima oleh KK Haji Musa Numan selaku Ketua Kampung Kota Ayangan.

Sonjah berharap semoga sumbangan ini bermanfaat seperti yang diperlukan.

Sementara itu Haji Musa merakam terima kasih kepada Robert atas keprihatinan beliau.

Katanya, sumbangan dana tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk membaiki keuzuran bilik gerakan tersebut.