Azman (tengah) bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Bahagian dan perwakilan bahagian Bersatu Keningau.
KENINGAU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu) Bahagian Keningau meluluskan usul mendukung kepimpinan Presiden Bersatu Malaysia Tan Sri Mahiaddin Yassin dan pengerusi Perhubungan Negeri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor mengemudi Bersatu Persekutuan dan Negeri tanpa bahas.
Ketua Bahagian Bersatu Bahagian P.180 Keningau Azman Haji Roslan berkata, usul itu disokong sebulat suara semua perwakilan Bahagian untuk disampaikan kepada pucuk pimpinan parti.
Katanya, kejayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibawah pimpinan Mahiaddin yang lalu amat mendapat sokongan rakyat sehingga ingin mengembalikan Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin kembali menjadi Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang.
Selain itu katanya, usul kedua mendukung kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai Pengerusi perhubungan Negeri dikekalkan dan terus menerajui pimpinan Negeri.
Ini kerana Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan gabungan yang cukup mantap untuk terus membentuk kerajaan pada PRN Sabah akan datang.
“Bersatu akan dipandang relevan memegang tampuk pemerintahan apabila telah membuktikan pencapaian terbaik disaat kemelut pandemik Covid 19 yang membuat seluruh rakyat terkesan dari segi ekonomi,
“Meskipun Bersatu dianggap parti muda tapi diperingkat pusat telah menunjukkan sesuatu perjuangan yang sangat baik apabila situasi pandemik Covid 19 melanda seluruh Negara, namun masih mampu menerajui kepimpinan dan mampu membantu rakyat disaat kesukaran ekonomi sehingga banyak bantuan diberikan oleh Mahiaddin,” katanya.
Antara usul lain ialah mendukung aspirasi dan objektif Sabah Maju Jaya untuk menyatupadukan rakyat, aman dan sejahtera, selain mengoptimumkan hasil Negeri, memulihkan sumber ekonomi, merangsang, meningkatkan ekonomi serta membangun modal insan cemerlang
Usul seterusnya menyokong penuh inisiatif untuk komponen parti dalam ke GRS ke arah perpaduan, mengesyorkan had tempoh jawatan Ketua Menteri kepada hanya dua penggal berturut-turut.
Di samping itu, usul mengesyorkan kerajaan Persekutuan mengembalikan hak-hak-hak atau tuntutan hak Negeri Sabah seperti termaktub melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Usul terakhir pula memohon Perdana Menteri sekarang memberi pertimbangan terhadap pembangunan infrastruktur Negeri Sabah
Sementara itu katanya, di saat rakyat berdepan dengan Covid 19, beberapa tindakan proaktif Bersatu Bahagian Keningau ialah berkhidmat kepada rakyat, membantu mereka yang sangat memerlukan dan memastikan kesejahteraan rakyat.
“Yang paling penting adalah keikhlasan sejauh mana kuasa dan kemampuan untuk membantu rakyat adalah diutamakan sebagai satu sokongan dan platform demi perjuangan parti,
“Bersatu bahagian Keningau yang sudah sedia menghadapi pilihan raya umum dan turut yakin dengan perjuangan parti Bersatu demi kesejahteraan seluruh rakyat,” jelasnya.
Persidangan Perwakilan tahunan Bersatu Bahagian Keningau berlangsung di Pegalan Room Hotel Perkasa Keningau pada Ahad.