28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Dakwaan Varian India (VOC) dikesan di Telipok adalah palsu!

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, berkata berita yang tular di media sosial mengenai Variant of Concern (VOC) varian India telah dikesan di Telipok adalah palsu.

“Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi yang baru saya hubungi mengesahkan dakwaan tersebut adalah palsu” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah, di Twitternya, jam 5.07 petang tadi.

Terdahulu, tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang mengatakan Varian India (VOC) dikesan di Taman Wangsa, Telipok.

Menurut kandungan pesanan ringkas itu:

<Mamy, hati2 kita semua.. Varian India kena kesan d Telipok sdh. D Taman Wangsa kena PKPD sbb ada yg positif sana kes Varian India.
12 org kena swab, 9 org positif.. Takut dorang yg kontak rapat ni pigi sana sini. Varian India ni lebih cepat menjangkit. Blh tersebar melalui udara. Dan virus trus lekat d paru2. Tiada demam, sesak nafas trus tahap kritikal.. Palis2.. Kami x berani kluar pigi kedai. Klau trpksa kluar pun Mesti pakai double tu mask. Balik ja dr kedai, trus mandi. Sentiasa bw sanitiser kalau pigi kedai. Kalau boleh, elak la Siapa2 yg dtg pigi rumah>

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN