30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mei 16, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bengkel Pemerkasaan Ekonomi Anggota Jemaah SIB tarik 46 penyertaan.

Para peserta merakam gambar kenangan bersama barisan penceramah bengkel itu.

KENINGAU: Seramai 46 orang mengikuti Bengkel Pemerkasaan Ekonomi Anggota Jemaah Sidang Injil Borneo (SIB) anjuran Unit Transformasi SIB Sabah yang berlangsung di gereja Gereja SIB Ria di sini.

Menurut Pengerusi Unit Transformasi SIB Sabah Penatua Japrey Yumin, bengkel selama dua hari itu bertujuan memperkasakan ekonomi anggota jemaah SIB di negeri ini.

Katanya, para pemimpin dan anggota jemaah SIB bukan sahaja dibangunkan dalam kerohanian tetapi mereka juga perlu dibangunkan dengan peningkatan ekonomi dan taraf hidup secara jasmani.

“Ini bagi membolehkan mereka menerokai bidang keusahawanan dalam bidang penternakan dan pertanian sekali gus menjadi penyumbang pengeluaran makanan negara disamping keperluan keluarga” jelasnya.

Peserta bengkel ditunjuk ajar cara pembenihan cendawan tiram.

Lima kertas kerja dibentangkan dalam bengkel tersebut iaitu penternakan itik penelur, perternakan ayam organik, penanaman cendawan tiram, pengenalan Dan tatacara penubuhan koperasi dan potensi dan peluang pembangunan sosio ekonomi koperasi.

Penceramah dalam bengkel itu terdiri daripada Rev Edwin Tupoloh yang juga pengusaha itik penelur, Pastor Maimun Belintas yang juga pengusaha ayam organik, Penatua Jambal Gangau yang juga pengusaha cendawan tiram dan Penatua Matias Kundapin yang juga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah menyampaikan dua kertas kerja iaitu Pengenalan Dan Tatacara Penubuhan Koperasi dan Potensi Dan Peluang Pembangunan Sosio Ekonomi Koperasi.

Selain mendengar ceramah secara teori dalam bengkel itu, pada peserta juga ditunjuk ajar secara praktikal bagaimana membuat bungka termasuk proses pembenihan cendawan tiram dan cara-cara membuat makanan ayam organik dengan menggunakan bahan-bahan mentah tempatan.

Peserta bengkel itu terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan anggota jemaah gereja SIB daripada kawasan Pedalaman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN