ADVERTISEMENTspot_img

BELIA MARAKAU TERUJA KUNJUNGAN SYED SADDIQ

Gambar atas: Sesi silaturahim melalui perlawanan persahabatan dengan keputusan seri 2-2

SIAPA sangka, seorang pemuda yang berada nun jauh di Negeri Johor yang terkenal dengan jolokan, pendebat terbaik Asia dan disegani melalui ketegasan serta kelantangan suara dalam berpolitik tiba-tiba muncul di Negeri di bawah bayu, Sabah, berkunjung ke Daerah Ranau mendekati para belia di Kampung Marakau, baru-baru ini.

Walaupun hanya dengan sedikit waktu namun para belia merasakan bagaikan rakan karib yang sudah lama tidak bertemu. Mungkin sahaja sifatnya yang peramah, memiliki penampilan yang ringkas, bersahaja dan tidak menampakkan ada jurang pemisah di antara orang yang disegani sebagai Yang Berhormat dengan orang kampung. Itu adalah antara andaian sebahagian belia yang sempat bersama-sama dengan Syed Saddiq melalui beberapa aktiviti yang tidak dirancang.

Dimulai dengan kemunculan Syed Saddiq dan krunya di Bombon Marakau. Pengurus Bombon, Hamdan Jaini sempat menghiburkan mereka dengan tiupan seruling bambu oleh Hasnul Azhar 24 tahun, melalui lagu ‘aramai tiih’, lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi tempatan, Francis Landong. Ke semua rombongan bersama-sama menyanyikan lirik ‘aramai ti’sambil bertepuk tangan.

Syed Saddiq (baju kuning) dan Adrian (3 dari kiri) ketika berada di Extreme ATV

Selepas itu, Hamdan kemudian membawa Syed Saddiq dan kru turun ke sungai bermesra dengan ikan-ikan. Syed kelihatan gembira semasa memberi makan sambil membelai ikan-ikan yang ada di dalam sungai tersebut. Mereka sempat menitip kenangan melalui emoji-emoji menarik dalam gambar.

Rombongan seterusnya dibawa ke Extreme ATV bersebelahan Bombon Marakau. Di sini, Syed Saddiq bersama krunya menghabiskan masa bermain ATV di kawasan litar yang telah disediakan. Menurut Adrian Boney, 23 tahun, pihaknya telah menyediakan 6 buah ATV untuk Syed Saddiq bersama 7 krunya yang lain. Mereka seronok bermain ATV tersebut terutama sekali apabila mengharungi sungai berhampiran Bombon tersebut.

Pada malamnya, para belia dan rombongan Syed Saddiq ke pusat futsal di Kampung Marakau. Di situ mereka bersuai kenal dan merapatkan silaturahim melalui perlawanan persahabatan. Dalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan terikat 2-2 hingga tamat perlawanan.

Salah seorang belia, Adrian Boney 23, berkata ia adalah pengalaman pertamanya bertemu sendiri lebih dekat dengan YB tersebut.

Gambar Kiri: Azhar (kanan) semasa bermain seruling mengiringi lagu ‘aramai ti’

“Syed seorang yang mesra dan tidak sombong. Dia sendiri mendekati kami walaupun dia belum kenal kami. Sangat senang berbual dengannya seperti sahabat sekampung sendiri. Terimakasih Yang Berhormat kerana sudi datang bermain ATV,” ujarnya.

Hamdan ketika dihubungi media berkata beliau sebenarnya telah dihubungi lebih awal oleh pengurus rombongan bahawa Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman akan berkunjung ke tempat-tempat menarik dalam daerah Ranau termasuklah di Bombon Marakau. Selain itu beliau ingin mendekati orang-orang kampung dan para belia terutama sekali yang ada di persekitaran Kampung Marakau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN