Rostinah (kanan) menyampaikan peralatan kepada Muslin.
RANAU: Belia dan Beliwanis Kg.Kilanas 54 kilometer dari pekan Ranau merakam penghargaan dan terima kasih kepada ‘RG Iteprise’, kerana menyumbang pelbagai peralatan sukan kepada golongan belia di kampung itu baru-baru ini.
Pengerusi JPKK Kg.Kilanas, Muslin Bin Rubin, berkata dengan sumbangan peralatan tersebut, para belia boleh memanfaatkannya menerusi aktiviti kesukanan khususnya golongan belia di kampung itu.
“Dengan adanya pelbagai aktiviti sukan di kampung kelak, ianya mampu mewujudkan komuniti yang sihat tubuh badan dan minda yang cerdas.
“Selain itu, aktiviti sukan juga akan menjadi wadah perpaduan dalam kalangan penduduk,” kata Muslin yang mewakili belia Kg.Kilanas menerima sumbangan tersebut darpada Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen, Rostinah Yomou, mewakili Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.
Rostinah ketika ditemui, mengharapkan kepada belia-beliawanis di Kg.Kilanas agar memanfaatkan sebaik-baiknya.
Hadir sama ialah, Pengurus RG Inteprise Ranau,
Rowelon Juel dengan pembantunya, Jeffrey Lim.