29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Belia ‘BelakangBoy’ hulur sumbangan golongan terkesan PKP

Oleh: Jainuddin Nasir

INANAM: usaha Belia ‘BelakangBoy’ di sini, menghulurkn sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan, patut dipuji dan dicontohi oleh Persatuan atau Kelab dan pasukan sukarelawan yang lain dalam usaha membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan terutama golongan miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.

Pengerusi Belia ‘BelakangBoy’ Karman Karim berkata, sumbangan kepada mereka yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang dilanjutkan sehingga 28 April, berikutan penularan Coronavirus (Covid-19), memberi kesan kepada penduduk kurang berkemampuan yang tentunya memerlukan bantuan.

Antara penerima sumbangan belia’BelakangBoy’Inanam.

“Justeru, kita amat bersimpati dengan mereka, kita mengulurkn bantuan dan sumbangan berupa barangan keperluan seperti beras, minyak masak, behon, telur dan gula sebagai simpati kepada mereka”, jelas Karman yang turut diiringi pembantunya, Mohammad Azmal bersama Jawatankuasa yang lain.

Seramai 10 orang penduduk sekitar Inanam, Tuaran, Sepangar dan Numbak menerima sumbangan tersebut.

Karman memberitahu, program itu adalah fasa pertama dilaksanakan awal tahun ini.

“InsyaAllah, fasa kedua akan kita jalankan dengan mensasarkan penduduk yang lain pula”, tambahnya. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN