32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mac 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Dilantik Yang Dipertua MUIS

KOTA KINABALU, 16 Julai: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), manakala pendakwah bebas Malai Ali Malai Ahmad pula dilantik Timbalan YDP MUIS hari ini.

Watikah pelantikan Yahya, 71, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas dan Malai Ali, 57, yang merupakan bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), disampaikan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini hari ini.

Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi kenyataan memaklumkan Yahya menggantikan Datuk Dr Hasbullah Mohd Taha manakala Malai Ali menggantikan Datuk Matussin Awang Damit.

Menurut kenyataan itu, Hajiji turut menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada Ag Syairin Ag Bakar, 60, yang merupakan bekas pegawai kanan MUIS dan JHEAINS, menggantikan Abdul Rahman Md Yacob.

 Yahya menjawat Timbalan Ketua Menteri bermula Mac 2004 hingga Mei 2018 di bawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri. – BERNAMA

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN