29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Bekas Surau Musnah Dijilat Api di Lohan, Ranau

Bangunan bekas surau di Kg Minihas Lohan Ranau terbakar sepenuhnya

RANAU: Sebuah bangunan bekas surau telah musnih dijilat api dalam satu insiden kebakaran yang berlaku dekat sini pada petang hari Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Rantey Fred berkata, kejadian tersebut berlaku di Kg Minihas Lohan, Ranau pada kira-kira jam 10 pagi.


“Kita menerima panggilan kecemasan daripada orang awam tentang insiden itu pada jam 10.11 pagi lalu menggegaskan sekumpulan anggota Bomba seramai enam orang diketuai Komander Operasi PBK I Mastin Suli ke lokasi itu.


“Setiba di tempat kejadian yang terletak 13 kilometer dari balai Bomba Ranau itu, kita mendapati berlaku satu kebakaran melibatkan sebuah bangunan bekas surau jenis tidak kekal berkeluasan 30x30kaki persegi yang sudah terbakar 96%.


“Operasi pemadaman di jalankan menggunakan 1 aliran 200 kaki 2 pancutan Teknik ‘defensive’ dengan menggunakan sumber air terbuka (Sungai jarak 50meter dari lokasi kebakaran),” katanya.
Menurut Rantey, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, dan mujur tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan ekoran kejadian itu.


Tambahnya, pemeriksaan dijalankan disekitar kawasan memastikan tiada bahaya lain wujud operasi ditamatkan sepenuhnya pada sekitar jam 12.10 tengahari.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN