ADVERTISEMENTspot_img

Bekas penyokong pembangkang perlu beralih sokongan kerajaan

Abidin (tengah) dan lain-lain penyokong StarSabah dalm program di Kituntul Lama itu


RANAU: Satu kubu kuat pihak pembangkang dalam PRN16 yang lalu bakal berubah status selepas sambutan yang cukup meriah semasa kunjungan wakil rakyat di sini baru-baru ini.


Sambutan penduduk Kg. Napong 1 dan Napong 2 dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat amat meriah dengan persembahan tarian tradisi masyarakat Dusun yang diiringi oleh Kumpulan Pemukul Musik Tradisi Bambu, terdiri daripada Warga Emas Wanita Kg. Napong 1.


ADUN Paginatan YB Datuk Abidin Madingkir amat terharu dengan sambutan yang begitu baik sekali pada kali ini memandangkan PDM Napong adalah kubu kuat pihak pembangkang dalam PRN16 yang lalu.


“Walaupun kita kalah di PDM Napong tetapi kita tetap memberi perkhidmatan kepada rakyat Napong 1 dan Napong 2. Banyak peruntukan pembangunan yang sudah kita berikan kepada penduduk Kg Napong ini.


“Dengan sambutan yang begitu memberangsangkan kita yakin rakyat Kg Napong 1 dan Napong 2 akan beralih arah dan menyokong kita pada PRN17 akan datang dan kita akan memperolehi kemenangan yang cemerlang,” kata beliau.


Pada majlis ini, Abidin yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, sempat meluluskan penyambungan bekalan eletrik untuk Masjid Kg. Napong 1 dan pendawaian eletrik Mini Dewan.


Beliau memberitahu bahawa kerosakan jambatan gantung merentasi Sungai Langanan telah pun dikemukakan kepada pihak NADMA untuk memohon pembaikan.


Sementara itu dalam majlis berasingan, beliau sempat menerima kemasukan ahli baru dalam Parti StarSabah daripada penduduk Kg. Kituntul Lama seramai 62 orang.


“Ini sudah tentunya dapat mengukuhkan lagi kedudukan Parti StarSabah khasnya dan GRS amnya di DUN Paginatan,” katanya.


Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Kerajaan GRS sentiasa prihatin dengan keperluan kampung di mana beberapa peruntukan telah diberikan kepada penduduk Kg. Kituntul Lama.


“Antaranya termasuk pembinaan jambatan gantung merentasi Sungai Liwagu, pembinaan rumah rehat dan tandas kuburan, pembinaan jalan konkrit ke tanah perkuburan, dan membaiki jalan pertanian ke tanah sawah.


“Mini Dewan juga telah mendapat alat dan perkakas dapur, pembaikan manhole Dewan, peralatan sukan untuk belia, sound sistem untuk dewan, pengubahsuaian balairaya sebagai Pejabat Baru JKKK, pemasangan tiles Gereja SIB dan sebagainya,” katanya.


Datuk Abidin juga menyeru kepada penduduk Kg Kituntul Lama dan juga Kg. Napong supaya terus memberi sokongan kepada Kerajaan GRS dan terus memberi mandat kepada Kerajaan GRS untuk membentuk Kerajaan selepas PRN17 nanti, melihat kepada prestasi cemerlang Kerajaan GRS di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri.


Pengerusi JKKK Kg Kituntul Lama, Fredoline Gabriel merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada YB Datuk Abidin Madingkir atas keprihatinan beliau tidak jemu jemu melihat keperluan rakyat khususnya di Kg. Kituntul Lama.


Di majlis itu, Abidin sempat mengagih agikan bakul makanan kepada warga emas dan juga sumbangan pampers kepada bayi bayi kecil dalam kedua dua majlis tersebut.


Turut Hadir Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, KAN Sawalin Zakaria, Pemaju Mukim Tanah Rata, Lasius Golipoi, para pemimpin kampung dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN