30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 3, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Bekalan Elektrik Sabah Capai 30 Peratus Rizab Margin Tahun 2030

Fadillah (tengah) bersama Shahelmey (dua dari kanan) dan Madius (dua dari kiri) mempamerkan skrol Tahun Baharu Cina.

TUARAN: Kerajaan persekutuan percaya masalah bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan dan mencapai 30 peratus rizab margin menjelang tahun 2030.Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, berdasarkan maklumat Energy Commission of Sabah (ECoS), beberapa projek penjanaan besar sedang dirancang antaranya pembelian tenaga dari Sarawak menjelang tahun 2025.

“Di samping itu, pembangunan loji jana kuasa baharu berkapasiti 100MW masing-masing pada tahun 2026 dan 2027 serta pembangunan ladang solar berskala besar berkapasiti 100MW pada tahun 2026.

“Kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya pihak Sabah memerlukan bantuan serta khidmat nasihat,” katanya semasa Program Sabah Electricity bersama Komuniti, Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2025 di Dewan Seri Sulaman dekat sini.

Beliau yang juga Menteri PETRA memaklumkan kerajaan persekutuan komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di Sabah bagi memastikan rakyat menerima manfaat di samping sistem pembekalan elektrik yang lebih stabil dan terjamin.

“Sepertimana yang telah dipersetujui bahawa jumlah siling indikatif subsidi daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity bagi tahun 2024 hingga 2030 adalah sebanyak RM3.54 bilion.


“Ia merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif dan subsidi Tenaga Boleh Baharu (FiT),” ujarnya.  Hadir sama, 

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya, Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai.-Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN