27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Beberapa kawasan di Labuan dilanda banjir kilat

Sebahagian rumah yang dilanda banjir kilat pagi semalam.

LABUAN: Hujan lebat sejak awal pagi semalam mencetus banjir kilat di beberapa kawasan rendah sekitar Wilayah Persekutuan Labuan

Difahamkan beberapa Pengerusi Jawatan Kuasa Keselamatan Kampung (JPKK) di sini telah menerima aduan daripada penduduk kampung berkaitan air mula memasuki kediaman mereka sekitar jam 9.00 pagi dan keadaan bertambah membimbangkan apabila hujan masih berterusan sehingga jam 12.30 hari.

Antara kawasan kampung yang rumah penduduknya dinaiki air ialah Layang-layangan, Sungai Buton, Batu Manikar, Lajau, Belukut dan Sungai Miri.

Berikutan hujan lebat itu juga sebuah rumah di Kampung Durian Tunjung dikhuatiri tidak selamat untuk didiami selepas berlakunya runtuhan tanah berhampiran rumah berkenaan, malah beberapa batang jalan raya di sekitar pulau ini juga turut ditengelami air.

Sementara itu, beberapa Pengerusi JPKK mengesa kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi yang berkaitan agar kerap membuat pemantauan dan penyelangaraan longkang dan parit bagi memastikan kelancaran aliran air hujan sekali gus mengelak berlakunya banjir kilat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN