Rohaizi (tengah) bersama Junaidah (kanan sekali) pada sesi walkabout BRR dekat Dataran Labuan.
LABUAN: Bazar Ramadan Rahmah (BRR) merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan memberi peluang kepada golongan kurang mampu untuk menikmati juadah berbuka puasa yang seimbang dan berpatutan.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan,Perniagaan dan Syarikat Jualan Langsung KPDN, Dato’ Rohaizi Bahari berkata, BRR yang memasuki tahun keempat pelaksanaannya merupakan inisiatif KPDN di bawah Program Payung Rahmah MADANI yang bertujuan bukan sahaja memberi peluang kepada golongan kurang mampu menikmati juadah yang berpatutan tetapi membantu menangani kos sara hidup sepanjang bulan Ramadan.
“BRR hasil inisiatif KPDN menawarkan juadah berbuka yang seimbang dan berkualiti dengan harga RAHMAH RM 5 dan kebawah sekaligus membantu mengurangkan kos sara hidup terutamanya golongan yang kurang berkemampuan”,katanya kepada pemberita selapas menyantuni peniaga BRR menerusi program sesi Walkabout Bazar Ramadan RAHMAH Perbadanan Labuan (bandar) di Dataran Labuan, pada Jumaat.
Jelas beliau pada tahun ini sebanyak 116 lokasi bazar Ramadan di seluruh negara melibatkan kira-kira 3,000 peniaga Juadah RAHMAH.
Bagi Zon Labuan katanya, sebanyak 31 gerai melaksanakan Juadah Rahmah melibatkan tiga lokasi BRR masing di Bazar Ramadan Perbadanan Labuan (Bandar), Bazar Ramadan Anjung Selera Durian Tunjong; dan
3) Bazar Ramadan Kolej Matrikulasi Labuan.
Pada majlis itu, pihak KPDN Labuan turut menawarkan insentif e-wallet kepada pengunjung di ketiga tiga Bazar Ramadan RAHMAH , sebagai galakan berbelanja secara tanpa tunai.
Sebanyak 6,000 pin e-wallet telah diedarkan di seluruh Labuan dan setiap
pengunjung akan menerima e-wallet sebanyak RM20.00.
Secara
keseluruhan, KPDN telah mengedarkan sebanyak 107,886 pin e-wallet di seluruh KPDN melibatkan peruntukan RM 8 juta.
Hadir sama,Timbalan Ketua Pengarah Penguat kuasa (Operasi) KPDN, Shamsul Nizam Khalil dan Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain.



