31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BAYI ANTARA 3 MAUT DALAM TANAH RUNTUH

KOTA KINABALU: Bayi berusia lapan bulan, kanak-kanak perempuan dan seorang ibu maut dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Penampang, petang semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, bayi yang meninggal dunia dikenali sebagai Dayana Zulazmil dan ibunya, Salmah Hamid, 25 tahun, serta Rosatima Asbirin, 5 tahun.

Beliau berkata, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan, manakala mangsa bayi meninggal dunia di Hospital.

“Selain tiga mayat mangsa yang ditemukan, terdapat tiga lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak terselamat dalam kejadian itu.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.57 petang sebelum mengerakan sepasukan anggota bomba dari Kota Kinabalu dan Penampang ke lokasi,” menurut jurucakap.

Dalam kejadian hujan lebat sejak tengah hari semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang mula dilanda banjir kilat.

Berdasarkan kenyataan awak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, setakat laporan yang diterima 13 kampung dan kawasan dinaiki air.

Malah, turut berlaku kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan termasuk di Segumau Madsiang, Jalan Penampang-Tambunan .

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN