TINJAU…. Bashir (dua kanan), Dr Fary (kanan sekali), Ibrahim (tiga kanan), Ariff (kiri sekali) dan Mohd Faizal (dua kiri) ketika meninjau keadaan tanah runtuh di tebing culvert yang tidak berfungsi.
LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias bersama pengurusan Perbadanan Labuan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Fary Akmal Osman melakukan tinjuan ke Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Marinding bagi melihat sendiri mengenai keadaan jalan masuk ke madrasah yang mengalami kerosakan teruk.
Turut sama dalam tinjuan itu, Pengetua Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Marinding, Ustaz Haji Ariff Aliskah, Timbalan Ketua Pegawai Elsekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Awang Ghani Yunus dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd. Dzulfaizal Ab. Manan.
Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan ketika dihubungi kelmarin berkata, tinjuan itu diadakan selepas meneliti aduan serta permohonan pihak madrasah berhubung kerosakan jalan masuk ke madrasah itu akibat culvet yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan berlakunya tanah runtuh ditebing jalan tersebut yang boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar.

CULVERT… keadaan culvert yang tidak berfungsi di jalan masuk ke Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Marinding.
“Hasil daripada tinjuan itu saya akan membuat permohonan kepada Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa bagi menyokong aduan dan permohonan mendapatkan peruntukan yang akan di salurkan ke Perbadanan Labuan bagi menyegerakan pembaikan dan penyelengaraan jalan tersebut” katanya.
Beliau yakin dengan adanya peruntukan itu nanti kerja-kerja pembaikan dan penyelengaraan dapat dilaksanakan sekaligus memberikan keselesaan para pelajar di madrasah itu terjamin.
Sementara itu, Ariff berkata, kerosakan jalan dan kejadian tanah runtuh ditebing culvert itu telah pun berlaku sejak dua bulan yang lau.
|”Oleh kerana kerosakan jalan dan runtuhan tanah di tebing culvert itu semakin membesar, pihak kami telah membuat aduan dan memohon jasa baik Perbadanan Labuan untuk membaiki jalan tersebut” katanya.
Madrasah yang diwujudkan sejak 2002 dengan 6 tenaga pengajar kini mempunyai kira-kira 120 pelajar lelaki dan perempuan yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin.