26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir terima Kunjungan Hormat Pengarah Penyiaran

GAMBAR:CENDERAHATI… Aminah menyampaikan cenderahati kepada Bashir sambil diperhatikan Fauziah (Kanan) dan Noor Affatizah (kiri)

LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu, Aminah Samsudin   di Wisma Perbadanan Labuan, pada Selasa.

Turut sama dalam pertemuan hampir satu jam itu, Timbalannya, Fauziah Mohd Sidik, Ketua Bahagian Rancangan, Noor Affatizah Sabtu, Ketua Bahagian Kejuruteraan, Dahari Liman dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab Manan.

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk menjelaskan  berkaitan sambutan Ulang Tahun RTM yang ke 75 pada 1 April 2021.

Menurut Aminah, RTM   sebagai sebuah stesen TV dan Radio tertua di negara ini, Jabatan Penyiaran Malaysia berhasrat  untuk mencipta sejarah dalam Malaysia Book Of Record (MBOR) dengan majlis pelancarannya diadakan secara hybrid (maya fizikal) yang dibuat secara serentak di 15 buah lokasi di seluruh negara termasuk Labuan.

Beliau berkata Labuanfm akan turut bersama-sama menjayakannya dalam suasana norma baharu selain pelbagai program siaran radio yang menarik.

“Sambutan itu adalah sebagai tanda pengiktitafan kerajaan kepada kepentingan peranan RTM  khususnya Labuanfm  menjadi agensi  perintis dunia penyiaran Malaysia dan bagi meraikan petugas barisan hadapan dan di belakang tabir” katanya.

Sementara itu, Datuk Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan  menyambut baik pelaksanaan penganjuran secara hybrid dan akan bersama sama menyertai program tersebut bagi menggalakkan warga Labuan terus menyokong Labuanfm sebagai penyiar rasmi kerajaan.

“Peranan media amat penting dalam menyalurkan  maklumat kepada rakyat dalam menjayakan Agenda Penyiaran Negara” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN