26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir sekali lagi dilantik Pengerusi Majlis Penasihat PL sesi 2023-2025

1.TAHNIAH…Bashir menerima watikah pelantikan daripada Simsudin sambil diperhatikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

LABUAN: Mantan Ahli Dewan Negara,  Datuk Bashir Alias dilantik sekali lagi  sebagai  Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan bagi sesi 2023-2025.

Kali pertama beliau dilantik bagi jawatan yang sama ialah pada 2016-2018 dan disambung semula bagi  sesi 2020-2022.

Bashir, 56, yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan menerima surat watikah pelantikan  itu daripada Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek sempena Majlis Penyampaian  Watikah Pelantikan Anggota Perbadanan Labuan dan Anggota Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yang diadakan di salah sebuah resturan terkemuka di sini, pada malam Khamis.

SIMSUDIN (empat dari kiri) bersama ANGGOTA Perbadanan Labuan yang baharu dilantik.Kelihatan sama Rithuan Mohd Ismail (dua dari kanan)

Pada majlis itu, Simsudin Sidek mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Anifah Aman.

Simsudin juga  turut menyampakan watikah kepada  enam anggota  Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan yang baharu dilantik bagi sesi 2023-2025.

Mereka terdiri daripada Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Labuan,   Datuk Wong Kii Yee, Ketua Wanita Cabang PKR Labuan, Norliha Yakup,  Naib Ketua Parti Warisan Bahagian Labuan, Tan Soon Kiat, Ketua Wanita UMNO Bahagian Labuan, Hajah Niswati Tarji, Timbalan Ketua Amanah Bahagian Labuan, Timbalan Ketua Amanah Kawasan Labuan, Andy Herdwandy Jaafar dan Ahli Jawatankuasa PKR Labuan, Seah  Kiat Leong.

Dalam perkembangan yang sama, Perbadanan Labuan juga turut menerima pelantikan Anggota Perbadanan Labuan  baharu bagi  sesi 2023-2025.

Mereka ialah Ketua Pengarah Jabatan  Wilayah Persekutuan, Datuk  Seri Hajah Rosidah Jaafar,  Dato’ Sri Simon Liew Shan  Wen, Azlan Abdul Rashid dan Mahfuzan Baharin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN