27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Bashir minta rakyat patuhi PKP

Oleh: JD

LABUAN: Ahli Dewan Negera, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias menyeru rakyat Labuan untuk bersama-sama kerajaan membendung penularan wabak Covid 19 dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Labuan, berkata rakyat perlu menghargai peranan yang dimainkan oleh anggota barisan hadapan (frontliners) yang ketika ini sedang bertungkus lumus untuk memerangi rangkaian wabak Covid 19.

TAKLIMAT….Bashir ( tengah) mendengar taklimat mengenai perkembangan semasa operasi Covid 19 yang disampaikan oleh Nurzalizah sambil diperhatikan Supian (kanan sekali)

“Marilah kita bersama-sama menghargai pengorbanan barisan hadapan kita dengan melakukan sedikit pengorbanan untuk duduk dalam rumah seketika dan hanya keluar jika ada keperluan penting.

“Rakyat mempunyai kuasa untuk memberhentikan wabak ini jika patuh kepada arahan kerajaan” katanya ketika ditemui selepas meninjau Pusat Kawalan Operasi Bencana Wilayah Persekutuan Labuan (PKOB) di Wisma Perbadanan Labuan, petang kelmarin.

BASHIR (kanan sekali) berkata sesuatu kepada Supian dan Nurzalizah ketika meninjau Pusat Kawalan Operasi Bencana Covid 19 di Wisma Perbadanan Labuan, kelmarin.

Smpena tinjuan itu, beliau telah diberikan taklimat oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari.

Bashir turut mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang terdiri daripada Polis, Tentera, Anggota Pertahanan Awam, Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin turut berkerja keras melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui sekatan jalan raya dan juga operasi pemantauan di laut.

Hadir sama, Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad dan Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Supian Musa. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN