MESRA…. Bashir bersalaman bersama Zahid selepas melakukan kunjungan hormat di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya baru-baru ini.
PUTRAJAYA: Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias melakukan kunjungan hormat terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi di pejabatnya, baru baru ini.
Kunjungan julung kali sejak Zahid dilantik Timbalan Perdana Menteri, turut diiringi Setiausaha Politik Menteri Kamjuan Desa dan Wilayah, Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafi dan Setiausaha UMNO Bahagian Labuan, Dzulfaizal Ab. Manan.
Menurut Bashir pertemuan singkat yang diadakan hampir 30 minit itu merupakan platform dan membincangkan isu isu berkaitan pembangunan Labuan yang perlu diteruskan di bawah kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam pertemuan mesra itu saya juga menyuarakan pelbagai isu terutamanya dalam kontek pembangunan ekonomi” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Bashir yang juga mantan Ahli Dewan Negara (Senator) berkata, selain itu beliau juga turut menyentuh mengenai aspek pelancongan dan menyuarakan agar lebih banyak peruntukan diturunkan ke Labuan bagi menjana semula ekonomi Labuan.
Dalam pada itu, Bashir yakin Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tidak akan mensisihkan Labuan daripada menerima peruntukan yang lebih besar bagi mempastikan pembangunan infra Labuan dapat ditingkatkan dan direalisasikan.