SERAH…. Bashir (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Azlan sambil diperhatikan Sahari ( kanan sekali)) dan Shuhaimi (kiri sekali)
LABUAN: Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir menghulurkan sumbangan peribadi berbentuk kewangan kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Bukit Kuda, pada Selasa.
Turut sama, Ketua Penerangan Muafakat Nasional (MN) Sahari Amdan dan Ketua Cawangan UMNO Bukit Kalam, Shuhaimi Haji Kula.
Bashir yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berharap sumbangan itu sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban ahli keluarga yang ditimpa musibah.
“Kita berharap ahli keluarga mangsa kebakaran tabah dengan dugaan dan menggunakan bantuan yang disalurkan oleh pelbagai pihak dengan sebaik mungkin” katanya ketika mengunjungi mangsa berkenaan di lokasi kebakaran.
Pada Isnin sebuah rumah kayu hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang berlaku di simpang 20, Kampung Bukit Kuda.
Dalam kejadian kira-kira 7.28 malam itu, pemilik rumah berkenaan Azlan Osman, 46, tidak berada di rumah.
Azlan hanya mengetahui mengenai kebakaran yang meranapkan 90 peratus rumahnya itu oleh saudaranya.