31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Barter Trade’ akan diwujudkan semula di Labuan: Sahidan

GAMBAR:MoU….. Sahidan (dua kanan) ketika menyaksikn majlis MoU antara Perbadanan Labuan dan UMS KAL yang diwakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rithuan Ismail (kanan) dan UMS KAL yang diwakili oleh  Prof. Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid sambil disaksikan  Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias (dua dari kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha KWP, Datuk Ruzain Idris (tiga dari kiri)

LABUAN: Perdagangan ‘Barter Trade yang sebelum ini menjadi Trade Mark Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai seawal tahun 70 an akan diwujudkan semula untuk memacu ekonomi Labuan seperti yang dirancang.

Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani lima Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Labuan, Universiti Malaysia Sabah  Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di salah sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengemukakan  permohonan kepada kementerian yang berkaitan agar usaha ini menjadi realiti.

“Kami sentiasa mendengar pandangan rakyat dan sedia melakukan apa sahaja yang kami mampu untuk memulihkan ekonomi Labuan.” katanya.

Menurut Sahidan, usaha untuk melaksanakan semula perdagangan itu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, serta menjana semula ekonomi  perhotelan dan juga perniagaan.

Selain itu katanya, Kementeriannya juga sedang  mengkaji langkah untuk menstabilkan harga barangan pengguna yang telah menjadi kebimbangan kewangan kepada masyarakat Labuan.

Empat lagi  Memorandum Persefahaman yang dimeterai  Perbadanan Labuan dan disaksikan Sahidan ialah  UW Global Inccorparated dan European Credit Investment Bank Limited,  IFC Capital Berhad,  Tan Lan Holdings (M) Sdn. Bhd  dan GIA Technology Limited.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN