32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Banyak lokasi menarik di Ranau terus menjadi  tumpuan  pengunjung

SERONOK…Cik Tsuda ketika mengikuti Mont Kinabalu Sky Bike.

RANAU: Banyak lokasi menarik kawasan Kundasang dan Ranau terus menjadi  tumpuan  pengunjung tempatan dan pelancong luar negara sepanjang cuti hujung minggu atau hari kelepasan am.

Pelancong dari negara Jepun, Cik Tsuda Kazuko 25,  mengakui keunikan dan kecantikan panorama tempat-tempat menarik sekitar Kundasang dan Ranau amat cantik mempesona terutama keindahan Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara di sekelilingnya masih hutan menghijau yang belum terusik.

“Cuma di kaki gunung Kinabalu kelihatan ada kawasan tanah runtuh yang saya difahamkan kesan daripada Gempa Bumi yang berlaku pada tahun 2015”, jelas Tsuda yang kini menetap di Hong Kong.

Menurutnya, satu yang menarik berhampiran RRF ialah, Giant Swing  (Buaian Gergasi) jarang ada di tempat lain di Sabah, memang meninggalkan kenangan terindah kepada mereka yang menyertainya dengan hayunan sehingga beberapa meter ke hadapan bermula dari tiang tapaknya, menyaksikan keindahan desa, tanah pertanian, kebun dan sawah padi  penduduk tempatan.

“Saya juga berasa seronok mengikuti Sky Bike sejauh 500 meter dengan ketinggian kira-kira 300 meter dari aras sebatang anak sungai berhampiran meskipun pada permulaannya saya ada perasaan gayat”, jelasnya.

Bagi dua orang  pengunjung tempatan, Cik Rafizah Binti Dausin 21, dan Cik Nor Athirah Binti Kimin 22 kedua-duanya dari Ranau, turut melahirkan perasaan seronok walupun julungkali mengikuti ‘Buaian Gergasi’ namun ia menjadi satu pengalaman hidup mereka yang mungkin belum pernah diikuti rakan-rakan mereka yang lain.

“Kita pelawa kawan-kawan di luar sana supaya datang melancong ke Ranau yang memang kaya dengan lokasi menarik untuk dikunjungi dengan bayaran tertentu.

“Ambillah peluang masa hujung minggu, cuti sekolah atau hari kelepasan  am untuk melawat bukan sahaja di tempat ini, malah ke lokasi lain seperti, Bombon Marakau, Tagal Luanti, Dairy Farm Masilou Kundasang, Taman Warisan Gunung Kinabalu, Sabah Teh Nalapak, Kinomulok Garden dan banyak lagi”, jelas Rafizah dan Nor Athirah yang gemar makanan halal dan meminati warna pink serta memilih lelaki yang beragama Islam, penyayang, berjawatan serta bertanggungjawab.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN